Monday 12 August 2013

Tajuk: Iblis Termasuk Golongan Jin!

Allah SWT berfirman di dalam Surah Al-Kahfi (18) ayat 50 :

Maksudnya : "Dan (ingatla) ketika Kami berfrman kepada para malaikat, '"Sujudlah kamu kepada Adam"!' maka sujudlah mereka kecuali iblis, dia adalah daripada golongan jin, maka ia menderhakai perintah Tuhannya..."

Jin seperti manusia, makhluk yang mempunyai ikhtiar yang mampu untuk berbuat taat dan bermaksiat. Selama dia mempunyai ikhtiar maka dia bukanlah termasuk daripada kalangan bangsa malaikat. Kerana malaikat tidak mempunyai ikhtiar.

Firman Allah yang menerangkan tentang malaikat:

Maksudnya : "... yang tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan"

(Surah At-Tahrim 66 : ayat 6)

Sebahagian manusia berkata, "Sesungguhnya di dalam nas Al-Quran melazimkan, bahawa Iblis termasuk daripada bangsa malaikat, hal ini dibuktikan dengan firman Allah Ta'ala di dalam Surah Al-A'raf (7) ayat 11 :

Maksudnya: Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu (Adam), lalu Kami bentuk tubuh, kemudian Kami berfirman kepada para malaikat: " Bersujudlah kamu kepada Adam", maka mereka pun bersujud kecuali iblis. Ia tidak termasuk mereka yang bersujud.

Akan tetapi, kami mesti memungkinkan nas tersebut terhadap nas yang lain yang berbunyi, "Maka sujudlah mereka kecuali iblis, dia adalah daripada golongan jin".

Apabila kita sedarkan bahawa malaikat tidak mempunyai ikhtiar. Oleh kerana itu, maka manusia atau jin mampu untuk melakukan perbuatan taat dan maksiat. Allah memberikan ketaatan dan ikhtiar ini hingga mencapai darjat yang melebihi malaikat. Oleh kerana itu dinamakan Iblis dengan burung merak malaikat. Kerana mereka dapat bangga di hadapan malaikat disebabkan mereka tetap berpegang kepada manhaj Allah. 

Tidak di antara kita yang dapat menempati darjat yang paling tinggi, akan tetapi amal dan ketaatan dapat menghantarkan ke darjat yang paling tinggi di sisi Allah Ta'aka. Dan perbuatan maksiat menghantarkan ke tempat yang paling bawah. Maka ini adalah hikmah Allah. Jin, kerana dia termasuk makhluk yang terbuat daripada api dia mempunyai kelebihan, di mana dia dapat bererak cepat, menembusi dinding dan masuk ke dalam tubuh manusia. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW, "Sesunguhnya syaitan itu berada di anak Adam di tempat aliran peredaran darah".

Sehingga iblis itu seperti hama penyakit. Demikian tabiat unsur penciptaan jin iaitu unsur api. Apabila kamu duduk di balik dinding dan di sisi lain diletakkan epal, maka kamu tidak mampu mengubah bentuk, warna dan rasa epal. Akan tetapi di sana ada api di balik dinding, maka panas dan sengatannya  dapat mengubahnya, kerana tabiatnya yang menembus.

Wallahua'lam..

No comments:

Post a Comment